Sunday, September 13, 2015

MukaHead Lighthouse

Assalamualaikum :)

5/9/2015
Cadang nak back to nature. Jadi, tempat yang sesuai dan dekat seterusnya menjimatkan haruslah di Monkey Beach, iaitu kawasan di Taman Negara Penang. Dari rumah nak sampai ke sana dalam kira-kira sejam setengah. Tolak makan, isi minyak petrol, tengok pemandangan bagai. hehehehe.




Bila sampai saja di Taman Negara, terus cari tempat letak kereta yang berbayar RM3. Sebelum ini, tempat letak kereta tak perlu bayar tapi sejak-sejak di'renovate' haruslah berbayar. Lepas tu, kena daftar diri di pejabat Taman Negara. Isi Nama, Kad Pengenalan, No telefon, Masa masuk.



Semua dah selesai. Pergi cari boat untuk ke Monkey Beach. Asal nya boleh saja nak trekking dari Taman Negara tu ke Monkey Beach tapi sebab nak tengok Lighthouse haruslah menyimpan tenaga untuk memanjat. hehehehe. Lepas dah bargain tak bargain untuk boat kenalah bayar RM40 untuk satu boat pergi sahaja. Sekiranya  nak boat pergi dan balik kena bayar RM80. Nanti set masa dengan owner boat pukul berapa nak balik. Tapi disebabkan hari tuh gamble saja so cuma bayar untuk pergi sahaja. Sebab nak gamble sahaja harga masa balik nanti. hahahahahha



Dalam perjalanan ke Monkey Beach, owner boat bawak mengelilingi pulau tengok helang. Subhanallah, cantik sangat ciptaan Allah S.W.T. Air yang biru hijau, pasir yang putih dan tiada satu sampah di pulau tu. Sangat-sangat tenang dan mendamaikan hati. Ohh ya, di Monkey Beach juga boleh untuk melakukan aktiviti perkhemahan dan barbeque. Tapi untuk melakukan aktiviti perkhemahan haruslah memaklumkan kepada orang yang berniaga di kawasan Monkey Beach untuk memudahkan urusan tandas.

Di Monkey Beach, ada orang menjual air, jajan, nasi goreng dan macam-macam dengan harga yang berpatutan. Tapi orang-orang ini mereka akan balik ke darat sesudah pukul 7 malam. Maknanya, Monkey Beach memang tiada penghuni waktu malam kecuali jika ada yang memaklumkan kepada mereka untuk teman semasa aktiviti perkhemahan. Mencabar kan?



Selepas dan selamat sampai di Monkey Beach, terus buat warming up bagai selepas itu memanjat lah bukit untuk ke Lighthouse. Kira-kira 1233M untuk mendaki bukit. Trekking ke lighthouse sangat-sangat mencabar mental dan fizikal, Pehh pehh jugak lah mendaki.


Owner boat cakap dalam 45 minit ke 55 minit mendaki untuk ke Lighthouse tapi dalam brochure yang diberi dalam 1 jam 45 minit atau 1 jam 30 minit. Memang tak boleh percaya cakap owner boat tu. hahahahaha. Sebab nak sampai ke Lighthouse masa aku mendaki tu dalam 1 jam 15 minit jugak lah. Peluh menitik jangan cakap, basah habis baju. Dengan hujan yang renyai-renyai. Memang pengalaman yang sangat seronok bila dan berjaya sampai ke Lighthouse.Fuhhhhhhhh..



Pemandangan dari Lighthouse sangat-sangat cantik. Sangat-sangat  indah sampai tiada ungkapan yang boleh dikatakan dengan kebesaran Allah s.w.t. Allahuakbar!

Selepas dan ambil gambar semua, masa untuk turun dalam 30 minit sahaja yang diambil. hahahhhaha. Naik lama turun sekejap ja.  Bila dah turun, cepat-cepat cari air mineral sebab bekalan yang bawak dan habis sepanjang mendaki. hahahha.

Dah habis selesai lepas lelah semua, jalan-jalan di sekitar pantai. Lepas tu, mulalah cari owner-owner boat dekat situ untuk bargain boat. Alhamdulillah, aku dapat boat yang kira kepala sahaja. Dapat lah RM10 seorang. hehehehe. Selesai semua haruslah pergi ke kaunter pejabat Taman Negara balik untuk maklumkan masa keluar tapi disebabkan hari masa aku balik hujan, tak maklumkan pun. hahahahha.

Okey, itulah pengalaman aku ke Mukahead Lighthouse. InsyaaAllah jika diizinkan lepas ini nak lagi buat aktiviti-aktiviti back to nature.



Terima Kasih sudi baca :)


Regards,
KhairyynaZulkifli

Friday, September 4, 2015

Kehidupan Baru

Assalamualaikum :)

Lama sangat jemari tak menaip sekarang. Entah kenapa hari ini tergerak nak tengok blog. Agaknya sudah lama menyepi dan menyendiri. Rasa-rasa kali terakhir menaip masa tahun 2012. Lama sungguh masa berlalu.

Alhamdulillah, sekarang sudah tahun 2015. Masih diberi kesempatan untuk menghirup udara dengan izin-NYA. InsyaaAllah akan kembali menaip dengan matang bersama memori-memori dan nafas baru. InsyaaAllah.

Regards,
KhairyynaZulkifli